Polis Terima Lima Aduan Wang Kertas RM100 Palsu

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Polis Perlis menerima lima aduan berkaitan not RM100 palsu sejak 1 Januari hingga Selasa, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Deputi Superitendan Mohd Rawi Ab Ghani.

Beliau berkata wang kertas palsu itu kelihatan seperti tulen tetapi tiada ciri keselamatan seperti pantulan cahaya ungu manakala nombor sirinya sama.

"Permukaan kertas not RM100 palsu ini lebih kasar dan tebal berbanding not tulen. Polis masih menyiasat aduan-aduan ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata orang ramai yang memalsukan, mengguna dan memiliki wang palsu adalah salah mengikut Seksyen 489A, 489B dan 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. 

Individu yang memiliki mata wang palsu dengan maksud menggunakannya juga boleh dihukum penjara sehinga 10 tahun, kata Mohd Rawi. 

Beliau meminta orang ramai agar lebih berwaspada menggunakan wang kertas dalam urusan harian dan meminta mereka menyalurkan maklumat mengenainya kepada IPK Perlis di talian 04-9082280 atau emel urjsjk_pls@rmp.gov.my. -- Bernama 




Tags / Kata Kunci: Md Rawi Ab Ghani , RM100 , Perlis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan