Polis Nasihat Orang Ramai Jangan Terbangkan Dron Dekat Kawasan Larangan

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) berdekatan dengan kawasan larangan, kata Ketua Polis Sibu,  Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi.

Beliau berkata ini kerana ia boleh menyebabkan mereka yang terbabit diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

"Sekiranya terdapat unsur-unsur pengintipan di kawasan-kawasan larangan itu, seseorang itu boleh dipenjara seumur hidup," katanya dihubungi Bernama hari ini bagi mengulas kejadian dron terjatuh di kawasan Penjara Pusat Sibu baru-baru ini.

Mohd Kamal berkata seeloknya, orang ramai yang hendak menerbangkan dron boleh berbuat demikian di kawasan-kawasan awam seperti taman atau dataran bandar.

Menurutnya, pelabuhan, lapangan terbang dan kem tentera adalah antara kawasan larangan di negara ini.

Dalam kejadian Ahad lepas, sebuah dron berwarna putih lengkap dengan fungsi kamera dipercayai gagal dikawal dengan baik menggunakan alat kawalan jauh, lalu terjatuh di atas bumbung satu daripada blok Penjara Pusat Sibu sekitar pukul 10.55 malam. 

Apabila diperiksa, seorang warden mendapati lelaki berumur lingkungan 40-an bersama tiga kanak-kanak berada di padang bola sepak bersebelahan penjara.

Lelaki itu kemudian pergi ke pintu masuk penjara dan meminta supaya warden penjara mendapatkan dron itu untuknya tetapi diberitahu untuk mengambil dron itu pada keesokannya.

Pemeriksaan dilakukan pihak penjara mendapati dron tersebut dilengkapi alat kamera dan kad memori 2GB serta mempunyai rakaman video memaparkan kawasan penjara yang kurang jelas.

Mohd Kamal berkata dron terbabit diterbangkan anak lelaki tersebut dan hasil siasatan mendapati tiada apa-apa niat atau unsur-unsur jenayah dikaitkan dengan insiden tersebut. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: dron , Mohd Kamal Kordi , Akta 298

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan