Peniaga Dakwa Dipukul Polis Hingga Cedera

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang peniaga mendakwa dipukul beberapa anggota polis sehingga cedera termasuk menerima lapan jahitan di bibir dan bengkak di dagu dalam kejadian di Jalan Perak, awal pagi Ahad.

Muhammad Atiq Abdul Shukor, 21, berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, dia sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri beberapa motosikal ditunggang lelaki yang cuba menahannya, namun Muhammad Atiq terus memecut kerana terkejut dan takut.

"Mereka kejar saya sebelum memaklumkan yang mereka polis, saya cuba berhenti tapi terjatuh (dari motosikal), ketika cuba bangun saya nampak seorang daripada lima lelaki itu ambil sesuatu di atas jalan dan bertanya adakah barang itu milik saya.

"Sebaik saya beritahu tidak tahu apa benda itu, tiga daripada lima lelaki itu bertindak memukul, menendang, terajang dan tumbuk saya sebelum mereka bawa saya ke tempat parkir Balai Polis Jelutong," katanya di sini pada Isnin.

Muhammad Atiq berkata sebaik tiba di balai itu, mereka terus bertanya sama ada benda yang diambil dari jalan raya tadi miliknya atau tidak, namun dia tetap tidak mengaku.

Muhammad Atiq berkata seorang daripada mereka kemudiannya terus bertindak memukulnya dengan topi kaledar di bahagian muka sehingga bibir pecah dan giginya patah.

"Selepas melihat kecederaan saya, mereka membawa saya ke Hospital Pulau Pinang dan saya menerima rawatan lapan jahitan dan selepas itu mereka membawa saya ke cawangan narkotik untuk ujian air kencing," katanya.

Katanya selepas mendapati keputusan air kencingnya negatif, mereka melepaskannya, bagaimanapun Muhammad Atiq yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Petani, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu dan polis akan menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan