Duda Cedera Parah Ditikam Rakan Wanita

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang duda berusia 39 tahun cedera parah akibat ditikam rakan wanitanya selepas berselisih faham, di rumah lelaki terbabit di Bandar Seri Astana, di sini, kira-kira pukul 2 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Pulau Pinang, mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala, bahu kanan, perut dan lengan.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 19 tahun, berselisih faham dengan mangsa selepas terlihat gambar bekas isteri mangsa pada telefon bimbit mangsa serta beberapa mesej daripada bekas isteri mangsa.

"Suspek mempertikaikan perkara itu dan mendakwa ditipu mangsa. Suspek menikam mangsa menggunakan pisau kerambit," katanya kepada Bernama, hari ini.

Md Zukir berkata, mangsa yang sudah tujuh tahun menduda, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

"Siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek sejak Februari tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei.

"Dua minggu lalu, suspek menghubungi mangsa menyatakan mahu bersama dengannya semula, selain mendakwa tidak tahan tinggal di rumah kerana sering bergaduh dengan keluarga, lalu mangsa membawa suspek tinggal bersamanya," katanya.

Md Zukir berkata, suspek yang juga merupakan seorang janda, kini direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 17 Januari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tikam , Parah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan