Wanita Sedang Mendaki Cedera Dua Lelaki Ragut Telefon Bimbit

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang blogger menjadi mangsa dalam percubaan ragut di Bukit Gasing di sini.

Rebecca Saw berkongsi pengalamannya yang mengerikan di Facebook dengan berkata dua lelaki bermotosikal cuba merampas iPhone miliknya ketika dia sedang mendaki di hutan simpan popular itu pada pukul 8 pagi Khamis.

Katanya dia biasanya mendaki di Bukit Gasing secara kumpulan tetapi mengambil keputusan mendaki bersendirian apabila ketinggalan dari kumpulannya.

Katanya dia telah diserang di jalanraya berturap berhampiran laluan jambatan gantung apabila dua lelaki bermotosikal menghampirinya dan cuba merampas telefon bimbitnya.

"Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sebelum saya menoleh, motosikal itu berhenti di belakang saya dan saya dapat merasakan seseorang merentap tangan sebelah kanan saya yang ketika itu sedang memegang iPhone.

"Dalam keadaan terkejut, saya memegang erat telefon saya dan lari di kawasan sekitar," katanya, sambil menambah pergelutan berlaku sebelum dia jatuh dan tergolek ke bawah cerun.

Kedua-dua lelaki itu melarikan diri tetapi Saw telah dipukul di kepala, dicederakan leher dan bahagian belakangnya bercalar akibat terjatuh.

Kejadian itu berlaku sejam sebelum seorang ejen hartanah telah diserang dan dibawa lari menaiki keretanya di kawasan yang sama.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 51 tahun yang tidak mahu namanya disiarkan sedang berjalan ke keretanya pada pukul 8.50 pagi apabila seorang lelaki dengan senjata yang kelihatan seperti pistol menyerang hendap dirinya dan memaksanya masuk ke dalam kereta.

Perompak itu meninggalkannya di tepi Lebuhraya Pantai Baru selepas wanita itu gagal membayar RM150,000 wang untuk membebaskannya.
Tags / Kata Kunci: kes ragut , telefon bimbit , Bukit Gasing

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan