Polis Akan Buru Individu Salah Guna Laman Sosial

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 9:49 AM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, termasuk yang menyebar gambar atau berkongsi maklumat yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) akan memantau dan mengesan mereka yang terlibat.

"Pengguna media sosial harus menghentikan dari membuat, menyebar dan berkongsi apa-apa jua bentuk komunikasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam terutamanya yang bersifat menghasut.

"Saya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka (pengguna) yang menyalahgunakan laman sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Khalid berkata pengguna ini boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

"Mereka (pengguna) wajar melaporkan kepada pihak berkuasa jika menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang berupaya menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara.

"Perlu saya ingatkan kembali hak kebebasan bersuara harus diamalkan secara berhemah dan berdasarkan kebenaran," katanya.

Khalid berkata hak ini tertakluk kepada sekatan yang diterima pakai secara universal dan ditentukan oleh undang-undang khusus bagi tujuan melindungi ketenteraman awam.

Kenyataan Khalid itu adalah merujuk perkembangan kebelakangan ini di media sosial yang semakin sarat dengan fitnah serta penyebaran gambar dan maklumat palsu, seperti menghina kepimpinan negara, selain cuba menjejaskan ketenteraman awam.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan