Sebuah kereta Waja remuk teruk akibat dihempap oleh sebuah lori yang membawa muatan alat ganti dalam kemalangan yang berlaku di Plaza Tol Jelapang Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan malam Jumaat. Lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Juru menuju ke Rawang gagal mengelak sebuah kereta lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menghempap kereta Waja terbabit. Pemandu kereta berusia 47, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. -fotoBERNAMA