Bauksit: Tiga Lagi Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi perlombongan bauksit secara haram.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azmi Baki berkata, kesemua suspek merupakan orang awam berusia antara 44 dan 50 tahun, ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara pukul 4 petang hingga 11.55 malam Jumaat.

"Mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong-pelombong tidak berlesen. 

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Penahanan tiga individu itu susulan tindakan SPRM dalam menangani isu perlombongan bauksit tidak terkawal dan ketirisan hasil kerajaan di Pahang.

Jumlah yang ditahan setakat ini adalah tujuh orang termasuk penahanan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang pada Khamis lalu kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelombong bauksit tidak berlesen di negeri itu.

Azmi berkata, SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu. 

Dalam pada itu, pihaknya turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram.




Tags / Kata Kunci: bauksit , SPRM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan