Dua Maut, Lapan Parah Bas Terbabas Ke Dalam Parit

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua maut, manakala lapan cedera parah apabila bas yang disewa oleh sekumpulan 47 orang warga Indonesia terbabas dan masuk ke dalam parit di kilometer 43, jalan persekutuan Klang ke Teluk Intan di Kuala Selangor dekat sini kira-kira 5 pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata rombongan warga Indonesia itu dilaporkan dalam perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke jeti Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak untuk pulang ke Indonesia.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat seorang lelaki dan seorang wanita yang tersepit di bawah bas berkenaan, katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Beliau berkata seramai 22 penumpang lagi cedera ringan, sementara 16 lagi termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Kesemua yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tanjung Karang untuk rawatan, katanya.

Mohd Sani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada kira-kira pukul 5.05 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Seramai 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan Tanjung Karang terlibat dalam operasi berkenaan yang tamat pada kira-kira pukul 7.10 pagi tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, sampel darah pemandu bas berkenaan telah diambil untuk diuji dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan