Zaid Ibrahim Disiasat Berhubung Artikel Kritik Keputusan Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 10:27 PM

Datuk Zaid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim sedang disiasat berhubung satu artikel yang mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini dalam kes penukaran agama anak-anak M. Indira Gandhi.

"Sekarang saya perlu menghubungi bahagian jenayah (jabatan CID) IPD Putrajaya berhubung artikel saya ‘My heart Goes to You Indira’. Dan peguam saya masih bercuti," katanya di Twitter, petang Khamis.

"Saya rasa mungkin kerana hasutan," katanya dalam akaun Twitternya @zaidibrahim .

Dalam artikelnya, Zaid telah menyifatkan kes perebutan agama itu sebagai 'menyayat hati' dan menyatakan bahawa undang-undang Malaysia sebagai keras dan hakim-hakim tidak berhati perut.

Bekas ahli Parlimen Umno itu kini juga berdepan siasatan hasutan berhubung ucapannya menyeru penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Datuk Zainuddin Ahmad berkata seorang pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya telah menghantar e-mel kepada Zaid untuk membuat temujanji bagi merakamkan kenyataannya.

"Kami masih belum menerima jawapan daripadanya bila dia akan datang," kata beliau sambil menambah bahawa kes itu disiasat sebagai menghasut.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan