Suspek Macau Scam Ditahan, Dakwa Ditipu Sindiket - Berita Jenayah | mStar

Suspek Macau Scam Ditahan, Dakwa Ditipu Sindiket

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 8:28 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 37 warga Taiwan yang ditahan berkaitan Macau scam melibatkan nilai jutaan ringgit mendakwa mereka telah ditipu untuk bekerja dengan sindiket.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, suspek yang berusia 21-41 tahun termasuk dua wanita, telah mensasarkan mangsa di China.

Tajuddin berkata, suspek mendakwa mereka diumpan ke Malaysia dengan dijanjikan kerja yang baik di sini.Tetapi apabila tiba di sini mereka akhirnya mereka terpaksa menjalankan aktiviti penipuan itu.

"Mereka dikurung di dalam banglo dan tidak dibenarkan keluar. Sindiket itu menguruskan makanan dan keperluan asas yang lain," katanya.

Suspek ditahan selepas polis menjalankan serbuan serentak di banglo di Damansara Heights dan Bukit Damansara pada pukul 1 pagi Rabu.

"Modus operandi mereka adalah membuat panggilan dan menyamar sebagai pegawai bank untuk memaklumkan kepada mangsa bahawa akaun bank mereka akan ditutup oleh mahkamah kerana pinjaman bank lama tertunggak."

"Mangsa yang percayakan mereka akan diminta memindahkan wang ke akaun simpanan secara berasingan sementara mereka disiasat," kata Tajuddin.

Berdasarkan buku log yang dirampas daripada serbuan, polis percaya sindiket itu menyasarkan ribuan orang awam dengan nilai jutaan ringgit.

Tajuddin berkata polis sedang bekerjasama dengan rakan-rakan di Taiwan dan China untuk menentukan jumlah penipuan dan jika kumpulan itu telah ditipu supaya bekerja dengan sindiket.

Polis turut merampas 47 buah telefon, 18 telefon bimbit, 51 modem, lapan komputer riba dan beberapa pasport dalam serbuan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Macau scam , Datuk Tajuddin Md Isa
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan