Penjaja Menyamar Jadi 'Polis Pengiring VIP'

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malang akhirnya menimpa dua anggota polis trafik palsu yang melakukan perkhidmatan sebagai 'pengiring konvoi VIP'.

Kedua-dua lelaki iaitu peniaga kuey teow goreng dan seorang pengawal keselamatan kini ditahan reman sehingga Jumaat.

Ketua Polis Trafik KL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata polis masih menyiasat sejauh mana operasi pasangan itu "mengiringi" konvoi VIP kereta mewah di bandar.

"Kami mengesyaki mereka telah menyamar sebagai anggota polis untuk beberapa tempoh yang agak lama. Kita perlu masa untuk siasat ke akar umbi," katanya pada Rabu.

ACP Mohd Nadzri berkata polis sedang mengenal pasti pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam penipuan itu, termasuk mereka yang dipanggil VIP.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang Selasa, dua lelaki berusia 38 tahun terbabit ditahan ketika sedang mengiringi tiga buah kenderaan mewah dipercayai milik orang kenamaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota polis trafik.

"Mereka ini menjalankan tugas seperti anggota polis trafik dengan meminta pengguna jalan raya memberi laluan kepada mereka.

"Suspek turut memakai jaket dan topi keledar yang sama digunakan oleh anggota polis trafik," katanya.

Markandan berkata siasatan awal mendapati suspek menjalankan kegiatan itu dengan menerima bayaran daripada pihak tertentu.

"Kedua-dua suspek ini bekerja sendiri dan kegiatan ini dilakukan sebagai kegiatan sampingan mereka," katanya.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati kedua-dua suspek membeli motosikal polis trafik yang telah dilelong daripada pihak ketiga dengan harga RM9,000 sebuah.

"Mereka menggunakan motosikal sama seperti digunakan anggota trafik. Ini salah di sisi undang-undang, kita akan soal siasat mereka," katanya, sambil menambah pihaknya masih menyiasat sejak bila kedua-dua suspek menjalankan kegiatan itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan