Ejen Hartanah Dibawa Lari Penjenayah Di Bukit Gasing

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ejen hartanah telah dibawa lari selama satu jam oleh seorang lelaki yang membawa senjata kelihatan seperti sepucuk pistol.

Penyerang itu, yang memakai topi, mengikat wanita itu ke dalam keretanya dan menuntut wang tunai sebagai balasan untuk dibebaskan.

Wanita berusia 51 tahun itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia telah pergi ke Bukit Gasing untuk mendaki bersama rakan-rakannya pada sebelah pagi.

"Sekitar pukul 8.50 pagi apabila saya berjalan ke menuju ke kereta Mazda CX-5 saya, lelaki itu tiba-tiba muncul dan menyerang hendap saya dengan sesuatu yang kelihatan seperti pistol.

"Dia memaksa saya masuk ke kereta saya dan memandunya, menuntut wang RM150,000 untuk melepaskan saya," katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Cina pada Khamis.

Ejen hartanah itu berkata dia telah memberitahu penjenayah itu bahawa dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.


Beliau berkata penjenayah itu kemudian meninggalkannya di tepi Lebuhraya Pantai Baru kira-kira sejam kemudian dan terus memandu keretanya.

Wanita itu meminta bantuan daripada pemandu lain untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mereka sedang menyiasat kes itu sebagai kes kecurian kereta dan penculikan.

"Penyerang memegang senjata yang kelihatan seperti pistol," katanya.

"Kami sedang mengesan di mana dia berada dan kereta yang dicuri."

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran.
Tags / Kata Kunci: kes culik , curi kereta , serang hendap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan