Kanak-Kanak Terperangkap Hampir Sejam Dalam Kereta - Berita Jenayah | mStar

Kanak-Kanak Terperangkap Hampir Sejam Dalam Kereta

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 9:01 PM

- Gambar internet

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia  setahun enam bulan terperangkap di dalam sebuah kereta milik ibunya selepas  kenderaan itu terkunci dari dalam di sebuah taska di Bertam Indah, di sini Rabu.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 30-an dikatakan menghantar seorang lagi anaknya ke taska dan meninggalkan anak bongsunya itu di dalam kereta.

"Ibu kanak-kanak itu yang merupakan penjawat awam menghantar anak perempuannya berusia lima tahun ke taska itu sebelum menghantar anak bongsunya ke rumah pengasuh.

"Wanita itu meninggalkan anaknya di dalam kereta dan memberikan kunci kereta itu untuk anaknya bermain...anak kecil itu tertekan butang 'lock' pada alat kawalan kunci kereta itu," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata orang ramai menghubungi JPAM Kepala Batas pukul 8.15 pagi setelah gagal membuka pintu kereta itu dan anggota JPAM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta.

Ibu kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, beliau panik apabila tidak dapat membuka pintu keretanya dan meminta bantuan beberapa ibu bapa yang menghantar anak di taska berkenaan.

"Masa kami cuba buka pintu kereta, anak saya yang duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk penumpang hadapan menangis...mungkin dia panas," katanya.
Tags / Kata Kunci: kanak-kanak terkunci , JPAM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan