Warga China Maut Dalam Pergaduhan

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang warga China maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan isteri dan anggota keluarga isterinya di sebuah rumah di Setia Alam di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa yang berumur 39 tahun itu cedera di mata, dada dan bengkak di belakang kepala dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

"Mangsa dikatakan datang ke rumah isterinya kira-kira tengah malam dengan tujuan untuk mengambil dan membawa anak mereka yang berusia empat bulan untuk pulang ke China.

"Berikutan itu berlaku pergelutan antara mangsa dengan isterinya apabila wanita itu melarang mangsa untuk mengambil anak mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata susulan pergaduhan itu, ibu kepada wanita tersebut yang turut berada di rumah itu bertindak menghubungi anak lelakinya iaitu adik kepada wanita berkenaan bagi memaklumkan mengenai kejadian terbabit.

"Adik lelaki wanita itu kemudiannya datang ke rumah berkenaan bersama bapanya yang berusia 66 tahun dan seorang rakannya.

"Dari situ berlaku pergaduhan antara mereka dengan mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal di tempat kejadian," katanya.

Shafien berkata mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau berkata susulan kejadian itu, empat suspek berusia antara 32 hingga 66 tahun termasuk isteri kepada si mati yang berusia 37 tahun ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: warga China , maut

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan