Lelaki Buat Bahan Letupan Guna Paip PVC Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 4:24 PM

-foto THE STAR/MUSTAFA AHMAD

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang lelaki dan merampas empat batang paip polivinil klorida (PVC) yang diubah suai menjadi bahan letupan dalam serbuan di Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat dekat sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata polis menyerbu rumah itu pada pukul 1 tengah hari dan menahan lelaki berusia 43 tahun itu hasil maklumat awam dan risikan.

"Polis menemui empat paip PVC yang setiap satu sepanjang 20 sentimeter dan berdiameter kira-kira enam cm dalam sebuah bilik di rumah teres dua tingkat yang disewa lelaki itu.

"Empat paip PVC itu telah diubah suai menjadi bahan letupan dan kami juga menemui tujuh lagi paip PVC yang sedang disiapkan untuk dijadikan bahan letupan," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah mercun dan bunga api yang dipercayai digunakan lelaki terbabit untuk menghasilkan bahan letupan yang mampu membunuh dan mendatangkan kemusnahan dalam lingkungan kawasan seluas 33 meter persegi.

Wan Hassan berkata lelaki yang tidak bekerja dan telah berkahwin itu dipercayai menetap di Sungai Bakap, di sini dan menyewa rumah berkenaan khusus  untuk menghasilkan bahan-bahan letupan berkenaan sahaja.


"Berdasarkan siasatan polis, lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau itu mempunyai kepakaran untuk membuat bahan letupan dengan mencampurkan dan mengubahsuai beberapa bahan termasuk karbaid yang terdapat dalam mercun dan bunga api yang dirampas di rumahnya," katanya.

Beliau berkata bahan letupan itu digunakan lelaki berkenaan untuk membuat ugutan dan tujuan jenayah lain termasuk beberapa kes membabitkan penemuan bahan berkenaan termasuk yang telah diletupkan di rumah-rumah mangsa di sekitar daerah ini.

"Polis tidak menolak kemungkinan dia mengambil upah dengan beberapa sindiket along iaitu menghasilkan bahan letupan itu dan meletakkan atau meletupkannya di rumah peminjam dengan tujuan untuk menakutkan mereka.

"Kami juga sedang menyiasat sejauh mana penglibatan lelaki itu dalam menghasilkan bahan letupan dan rangkaiannya, setakat ini polis percaya dia menghasilkan bahan berkenaan secara sendirian bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Wan Hassan berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah dadah jenis syabu bernilai RM600 bersama lelaki yang sedang menjalani perintah sekatan menurut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Lelaki yang turut positif dadah itu kini direman selama dua hari bermula hari ini, katanya.
Tags / Kata Kunci: bahan letupan , PVC , Wan Hassan Wan Ahmad

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan