Pondan Ditahan Larikan Sedulang Barang Kemas

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Polis menahan seorang lelaki berperwatakan lembut kira-kira 36 jam selepas dipercayai melarikan sedulang barang kemas dari sebuah kedai emas di Bukit Payong, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek berusia 35 tahun itu diberkas kira-kira pukul 11 malam Ahad di rumah sewanya di Kampung Rhu 2, dekat sini.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam rumah suspek, polis berjaya menemui sebahagian barang kemas yang dicuri yang disorokkan di pelbagai tempat dalam rumah itu termasuk dalam kasut dan beg.

"Hasil serbuan itu juga polis menemui resit menjual sebentuk cincin, sehelai kemeja T berwarna merah jambu dan tudung yang dipakai suspek ketika melarikan barangan kemas berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Menurutnya, polis berjaya menemui dan merampas kembali sebahagian barangan kemas yang dicuri dan yang telah dijual bernilai kira-kira RM80,000.

Mengulas lanjut, Wan Abdul Aziz berkata, sebelum kejadian pada Sabtu lalu, suspek dipercayai pernah mengunjungi kedai emas itu pada 30 Disember lepas untuk menjual sebentuk cincin di kedai tersebut.

"Rakaman CCTV pada 4.30 petang 30 Disember lalu menunjukkan premis itu dikunjungi seorang pelanggan lelaki yang berperwatakan lembut dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga mengaku berpakaian wanita dan masuk ke premis berkenaan sebelum berhenti di sebuah stesen minyak untuk membuka tudung.

Wan Aziz berkata, suspek yang juga merupakan orang sekatan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) atas kesalahan dadah sejak 2013 ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan. 

"Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Sabtu lalu seorang peniaga emas dekat sini kerugian kira-kira RM200,000 selepas satu dulang barangan kemas dilarikan seorang wanita ketika beliau dan isterinya menunaikan solat. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan