Dua Suspek Kes Tetak Pekerja Pusat Komputer Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Dua Suspek Kes Tetak Pekerja Pusat Komputer Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 11:40 PM

Polis tiba di lokasi kejadian.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian menetak seorang lelaki di sebuah pusat komputer di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad berkata dua suspek berusia 44 dan 46 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan pada Ahad, dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam Sabtu itu, tiga suspek lelaki berusia 40-an bertindak menetak seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan parang panjang dan rotan.

"Insiden berlaku akibat salah faham antara suspek dan mangsa yang merupakan pekerja di pusat komputer itu.

"Tiga suspek yang tidak berpuas hati masuk ke pusat komputer berkenaan dengan membawa sebilah parang panjang dan rotan lalu menetak mangsa," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan di leher, kini dirawat di Hospital Serdang dan keadaannya dilaporkan stabil. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tetak , pusat komputer
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan