Polis Menyamar Pemandu Teksi Tangkap Penculik

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Polis berjaya mengagalkan cubaan dua warga Bangladesh mendapatkan wang tebusan setelah menculik seorang warga Rohingya di sebuah pasar raya dekat sini semalam selepas dua jam laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata tangkapan terhadap suspek berjaya dilakukan selepas polis menyamar sebagai pemandu teksi untuk membayar wang tebusan.

Katanya mangsa berjaya diselamatkan selepas polis menyamar sebagai pemandu teksi membawa anak mangsa berusia 11 tahun untuk membayar tebusan yang dipersetujui iaitu wang tunai RM5,000 dan barangan kemas.

"Seorang lagi polis meniarap di tempat duduk belakang teksi itu dan kemudiannya berjaya menahan (seorang daripada) penculik warga Bangladesh itu.

"Bagaimanapun, tangkapan yang dibuat di sebuah ladang sawit berdekatan perumahan Taman Pasak Indah di sini hanya berjaya menahan seorang suspek manakala seorang lagi juga warga Bangladesh masih diburu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Rahmat berkata kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam semalam ketika mangsa yang berusia 34 tahun membuka pintu keretanya di tempat letak kereta selepas selesai membeli barangan di sebuah pasar raya.

"Mangsa didatangi dua lelaki dipercayai warga Bangladesh yang memintanya  menghantar mereka ke Taman Pasak Indah di sini atas alasan tiada teksi pada waktu malam.

"Mangsa kemudiannya telah diperdayakan memandu kereta masuk ke sebuah ladang sawit di situ. Mangsa yang menyedari akan dirompak telah lari tetapi terjatuh di sebuah parit dan seorang dari penjenayah telah bertalu-talu memukulnya menggunakan beluti," katanya.

Beliau berkata dua penjenayah itu dipercayai lebih awal telah menyimpan tiga bilah parang dan satu beluti di kawasan ladang di tempat mangsa disuruh berhentikan keretanya.

Katanya suspek kemudiannya menelefon isteri mangsa meminta wang tebusan RM10,000 dan berjaya dikurangkan kepada RM5,000 berserta barangan kemas.

"Penculik memberi syarat pada isteri mangsa bahawa hanya anak sulungnya yang berusia 11 tahun sahaja yang boleh menghantar wang tebusan itu menaiki teksi atau tebusan dibunuh," katanya.

Rahmat berkata mangsa dirawat di Hospital Kota Tinggi selepas didapati patah kedua-dua kaki, patah bahu kanan, lebam di badan, dan menerima lima jahitan di kepala.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan