Remaja Perempuan Dakwa Diculik Sudah Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dilarikan dua lelaki tidak dikenali menggunakan sebuah van berwarna putih di Klang, ditemui dalam keadaan selamat.

Remaja tersebut ditemui bersama teman lelakinya di Banting kira-kira pukul 10 malam Khamis.

Perkara itu turut didedahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya pada Jumaat.

"Gadis Nur Amirah Atirah yang konon diculik telah ditemui selamat. 

"@PDRM akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Elakkan lah spekulasi," tulisnya di Twitter.

Pada Rabu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes tersebut.

Terdahulu, satu rakaman perbualan telefon remaja itu selama tiga minit 43 saat dimuat naik di laman sosial dipercayai dilakukan anggota keluarga remaja terbabit sebagai langkah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Menerusi rakaman itu, remaja perempuan berkenaan menangis dan merayu supaya anggota keluarganya segera menyelamatkannya dan menyatakan ramai lagi individu lain turut ditahan di dalam gudang berkenaan serta mendakwa penculik akan menjual mereka.

Polis mengesahkan menerima laporan dibuat ibu remaja itu mengenai kehilangannya pada pukul 8.20 malam, Isnin lepas setelah menyedari ketiadaan anaknya sejak Ahad.

Menurut remaja itu lagi, beberapa lelaki dari sebuah van putih telah menculiknya ketika dalam perjalanan pulang dan papan tanda terakhir yang dilihatnya sebelum ditutup mulut menggunakan kain adalah Johor Baru.

Tags / Kata Kunci: remaja hilang , culik

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan