Identiti Mangsa Rentung Belum Dikenal Pasti

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 10:30 AM

Sebuah kenderaan rentung dalam satu kemalangan dengan bas di Yong Peng, malam Khamis.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Identiti individu rentung selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Kilometer 124.5, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Yong Peng, malam Khamis, masih belum dikenal pasti.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Mender Singh berkata dokumen pengenalan mangsa hangus bersama keretanya menyebabkan polis masih belum dapat mengenal pasti indentiti sebenar mangsa.

"Kita sedang melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan usaha mengesan identiti mangsa termasuk menghubungi keluarga mangsa berdasarkan nombor casis enjin kenderaan itu," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk bedah siasat, manakala semua 20 penumpang bas termasuk pemandu tidak mengalami kecederaan.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dari lorong kecemasan masuk ke lorong kiri dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang maut dan 20 penumpang berjaya diselamatkan dalam satu kejadian yang berlaku pada pukul 8.55 malam tadi itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , rentung , Yong Peng

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan