AGC Terima Dokumen 1MDB - Khalid

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 12:14 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima dokumen berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari rakan sejawatannya di Thailand, termasuk maklumat yang dikongsi bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo dengan Sarawak Report.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dokumen itu diserahkan oleh Jabatan Peguam Negara Thailand pada Khamis.

"Kami sedang menunggu AGC untuk meneliti dokumen itu sebelum menyerahkannya kepada kami.

"Dokumen itu termasuk maklumat yang dikongsi Justo bersama pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan juga transkrip soal siasat antara polis Malaysia dengannya di Thailand baru-baru ini," katanya di Bukit Aman pada Khamis.

Khalid berkata dokumen tersebut akan disemak oleh polis sebelum siasatan dilengkapkan.

Pada 15 Disember lalu, polis Malaysia dilihat memasuki penjara di Bangkok pada pukul 10 pagi waktu tempatan untuk bertemu Justo.

Pasukan polis Malaysia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Pada 17 Ogos lalu, Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok kerana mencuri data termasuk e-mel, dokumen dan beberapa bahan lain milik PetroSaudi International.

Polis Malaysia cuba merekodkan kenyataannya sejak beberapa bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Thailand , Xavier Andre Justo

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan