Lelaki Nyaris Rentung, Kereta Terbakar Selepas Terlibat Kemalangan - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Nyaris Rentung, Kereta Terbakar Selepas Terlibat Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu nyaris rentung selepas keretanya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tembok dan terbakar di Jalan Kulim - Bukit Mertajam, di Machang Bubuk, di sini malam Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bersendirian ketika memandu kereta jenis Perodua Myvi sebelum terbabas dan tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

"Semasa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam tiba di lokasi, mangsa yang tersepit itu telah berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di situ.

"Kemalangan itu menyebabkan bahagian enjin, tempat penumpang hadapan dan tempat pemandu kereta berkenaan terbakar dan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut," katanya di sini Selasa.

Jurucakap itu berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain pada pukul 11.20 malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira sembilan minit kemudian.

Katanya mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan