Polis Edar Fotofit Suspek Kes Bunuh Pemandu Teksi

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 5:55 PM

Polis mengedar fotofit suspek yang dipercayai terbabit dalam kes seorang pemandu teksi mati ditikam seorang penunggang motosikal di kawasan lampu isyarat Jalan Salor Baru, Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis mengedarkan fotofit suspek dalam pembunuhan seorang pemandu teksi di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas-Salor di sini, Isnin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis meminta kerjasama daripada masyarakat bagi menjejaki suspek dalam kes bunuh itu.

"Kami meminta orang ramai yang mempunyai matlumat berkaitan suspek tampil membuat laporan kepada polis.

"Siasatan awal kami mendapati suspek adalah seorang lelaki yang mempunyai kulit gelap dan berbadan kurus, berusia antara 20-an dan 30-an," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini Selasa.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang Isnin, Sudin Awang, 67, dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, mati ditikam seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tikam , pemandu teksi , fotofit

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan