Pemandu Teksi Mati Dibunuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 8:56 PM

Anggota forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan di tempat kejadian di mana pemandu teksi Sudin Awang, 67, mati dipercayai dibunuh oleh suspek bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Pasir Mas-Salor pada Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang pemandu teksi warga emas mati ditikam dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas-Salor di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata,mangsa Sudin Awang, 67, dibunuh seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika teksi yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 2.30 petang.

"Semasa dia (pemandu teksi) berhenti di persimpangan itu ketika lampu merah, suspek menghampiri kenderaannya lalu memecahkan cermin belakang, cermin pintu penumpang depan dan cermin pintu sebelah pemandu dengan objek keras. 

"Kemudian pemandu teksi ini diarah keluar daripada teksinya oleh suspek dan kemudian dia dipercayai ditikam dengan senjata tajam sebelum rebah di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini. 

Ahmad Taufek berkata, suspek kemudiannya melarikan diri ke arah Salor.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, sedang memandu teksinya dari arah Dewan Beta di sini, bersama seorang penumpang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang.

"Penumpang dalam teksi itu bagaimanapun dapat menyelamatkan diri," katanya. 

Ahmad Taufek turut meminta orang ramai termasuk pemandu kenderaan lain yang berhenti di persimpangan itu semasa kejadian berlaku, untuk tampil membantu polis menyiasat kes berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan