Ibu Temui Mayat Anak Hampir Reput Dalam Rumah

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang ibu terkejut apabila menemui mayat anaknya yang hampir reput dipercayai meninggal dunia lima hari lepas di rumahnya di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata, wanita tersebut Saedah Sidek, 66, tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur sejak 18 Disember lepas untuk menghantar adik beradiknya menunaikan umrah.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas mayat Mohd Ridzwan Tambi Chik, 37, mendapati terdapat tompokan darah di kepalanya sementara dompet serta kad pengenalannya juga hilang.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya kepada Bernama.

Muhamad Ismail berkata, mangsa dilapor bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Johor Baru dan pulang ke rumah ibunya untuk bercuti. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan