Pemilik Akaun FB Adinda Idris Disiasat Fitnah Polis Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 8:11 PM

Abdul Aziz Salleh

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Adinda Idris yang didapati memuat naik status mendakwa polis tidak menyiasat kes kemalangan melibatkan anaknya dan sebuah lori membawa bauksit pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata status itu antara lain mendakwa polis telah menasihati suaminya menarik balik laporan kes kemalangan berkenaan menyebabkan anaknya yang merupakan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gebeng tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Status yang dimuat naik semalam (Khamis) kemudian menjadi viral di media sosial terutama Facebook menyebabkan ramai pengguna media sosial membuat komen mengecam tindakan polis.

"Ia telah menjejaskan nama baik pegawai penyiasat kes berkenaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya dan ekoran itu satu laporan polis telah dibuat terhadap wanita berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Polis juga menyangkal sama sekali ada menasihati mana-mana individu khususnya ahli keluarga mangsa seperti didakwa dan ini merupakan satu fitnah kepada polis yang bertungkus lumus memastikan kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Menurut Abdul Aziz, walaupun wanita itu kemudian memuat naik status memohon maaf dan memberi alasan kononnya statusnya telah disalah tafsir, polis tetap membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Beliau turut menasihati pengguna media sosial agar menghentikan komen berbaur fitnah berhubung kes itu dan tidak menyebarkan status berkenaan kerana dikhuatiri akan menganggu siasatan selain boleh menyebabkan mereka dipanggi luntuk membantu siasatan.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam Jumaat lepas, anak kepada wanita berkenaan yang menaiki motosikal dilaporkan cedera parah selepas berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan bauksit di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran sebuah stesen minyak .

Bagaimanapun, lori berkenaan dilaporkan tidak berhenti dan nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan rakan mangsa selepas itu didapati tidak tepat kerana merupakan milik kenderaan lain menyebabkan polis mengambil masa mengesan pemandu terlibat.

Sehingga kini siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan tidak dibuang seperti yang didakwa wanita terbabit. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Adinda Idris , Facebook , Fitnah polis

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan