Kereta Bertembung: Empat Maut Terbakar Termasuk Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak maut dalam dua kereta yang terbakar selepas terbabit dalam  kemalangan di jambatan Sungai Dohol, dekat Kota Tinggi, Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kereta jenis Land Rover dan Toyota Corolla itu telah bertembung sebelum terbakar dalam kejadian kira-kira 7 pagi.

"Seorang wanita ditemui rentung di dalam kereta Toyota Corolla itu manakala satu keluarga dari Singapura terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui rentung di dalam Land Rover terbabit," katanya ketika dihubungi.

Mohd Rizal berkata terdapat seorang lagi kanak-kanak di dalam Land Rover berkenaan dan dia yang diselamatkan oleh orang awam dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Land Rover yang dalam perjalanan ke Mersing telah melanggar papan tanda jambatan Sungai Dohol lalu  terbabas ke arah bertentangan dan bertembung dengan kereta Toyota Corolla.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bersama-sama lima anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 7.23 pagi bagi  operasi menyelamat.

Tags / Kata Kunci: Kota Tinggi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan