Lima Lelaki Hilang Ketika Memburu Di Hutan Dekat Gerik

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 1:48 PM

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan untuk mencari lima orang yang hilang semasa memburu di hutan berhampiran Kampung Bongor di Gerik.

(Ubah saiz teks)

GERIK: Lima lelaki dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar memburu di hutan di Kampung Bongor dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Khamis berkata mereka telah menerima panggilan daripada polis daerah berhubung kehilangan beberapa lelaki yang berusia antara 19 dan 42 tahun pada Rabu, kira-kira pukul 11.30 malam.

"Mereka masuk ke hutan pada hari Isnin dan sejak itu tidak pulang ke rumah.

"Satu operasi mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan untuk mencari lima lelaki itu," katanya.

Lima lelaki yang hilang telah dikenal pasti sebagai Rosli Sufian, 42, Zakaria Mokhtar, 26, Kushairi Rafaei, 20 dan dua yang lain hanya dikenali sebagai Mohd Mahazir, 19 dan Zulkifli, 36.

Jurucakap itu berkata kira-kira 33 orang terlibat dalam operasi itu termasuk sembilan anggota bomba, dua anggota polis dan 22 anggota Rela.

Hutan itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 500 kilometer persegi.
Tags / Kata Kunci: pemburu , lelaki hilang

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan