Mayat Dua Remaja Lelaki Ditemui Di Pantai Desaru - Berita Jenayah | mStar

Mayat Dua Remaja Lelaki Ditemui Di Pantai Desaru

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Desaru, dekat Kota Tinggi lewat petang semalam, ditemui mati lemas di pantai itu Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata mangsa adalah Albar Donar dan Misran Osman, kedua-duanya berusia 16 tahun.

"Mayat Albar ditemui berhampiran pantai itu pada pukul 10.34 pagi manakala mayat Misran pula pada 12.15 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi.

Mohd Fadli berkata sebaik menerima laporan kejadian itu pada 7.24 malam, 17 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air dihantar untuk melakukan gerakan mencari dan menyelamat mulai 8 malam tadi.

Kedua-dua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.
Tags / Kata Kunci: remaja lemas , pantai Desaru

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan