Lima Selamat, Empat Hilang Perahu Panjang Karam

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lima terselamat manakala empat lagi masih hilang selepas perahu panjang yang dinaiki mereka karam di Long Buyun di Daerah Belaga lewat petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Melay Tingom yang dihubungi berkata mereka yang terselamat ialah seorang lelaki Liam Kelilit, 50, dan empat perempuan iaitu Bungan Nyaleng, 50; Agnes Liam, 33; Olivia Ploma Thomas, 8; dan Ayu, 4.

Kesemua yang masih hilang adalah perempuan iaitu Sumitasen Thomas, 15; Adriana Rosnah, 12; Sahirza Mahir, 31; dan Nur Amrisha, 4.

Melay berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat diketuai Sub Inspektor Yusup Naraue dengan bantuan penduduk kampung.

Polis turut memohon bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu serta Jabatan Pertahanan Awam Bintulu.

Menurut sumber polis, mangsa sedang dalam perjalanan balik bercuti dari pekan Belaga ke Rumah Tanjung di Long Pawah semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang.

Lokasi kejadian tersebut dilaporkan berlaku berdekatan lokasi sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini pada 28 Mei 2013.

Dalam insiden itu, bot ekspres 'Kawan Mas' yang dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit dan Sibu, terlanggar kayu balak di Giam Bungan, Sungai Rajang, kira-kira satu jam perjalanan dari pekan Belaga dan mengalami kerosakan enjin sebelum tenggelam pada jam 8.45 pagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: perahu panjang , karam , Belaga

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan