Kedai Cenderamata Musnah Dalam Kebakaran Di Kuil Batu Caves

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah kedai cenderamata musnah selepas berlaku satu kebakaran di Kuil Batu Caves pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi  Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.25 petang.

"Kami tiba di sana kira-kira tujuh minit selepas menerima panggilan.

"Sepasukan anggota bomba dari balai bomba Selayang, Rawang dan Gombak berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh beberapa minit," katanya.

Mohd Sani berkata kedai itu 90 peratus bahagian kedai rosak dalam kebakaran itu.

Tiada kematian dilaporkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan