Isteri Bekas Pengurus Besar Bernama Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 10:10 PM

Datin Amy Bok Soon Boey

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datin Amy Bok Soon Boey, isteri bekas Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heng meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, dekat sini selepas menderita sakit dalam tempoh yang lama.

Amy, 67, meninggalkan suami, Yong, 61, dan seorang anak lelaki, Tun Li, 28.

Yong berkata penghormatan terakhir untuk isterinya diadakan di kediaman mereka di 16, Jalan 6/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju di sini bermula malam Rabu.

Upacara pengebumian akan diadakan pada pukul 9 pagi Ahad dan perarakan pengebumian berlepas ke Pusat Memorial Nirvana di Seksyen 21 Shah Alam untuk upacara pembakaran mayat.

Semasa ditemui di PPUM Yong menyifatkan isterinya sebagai tiang kekuatan selama 40 tahun terutama semasa beliau aktif dalam pertandingan badminton dan kerjaya panjang sebagai wartawan.

"Pemergiannya adalah kehilangan besar kepada saya dan keluarga. Dia seorang isteri yang penyayang dan ibu yang memanjakan anak," katanya.

Yong bersara dari Bernama pada Oktober tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan