Suspek Bakar Kereta Di Taman Jaya Ditahan Reman

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 1:51 PM

-foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis memperolehi empat hari perintah tahanan reman terhadap suspek dalam siasatan kes kebakaran di tempat letak kereta Taman Jaya yang memusnahkan enam buah kereta pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu, direman pada Selasa sehingga Jumaat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api," katanya.

Dalam kejadian pada 12.58 tengah hari Isnin, enam buah kereta terbakar selepas suspek terbabit didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di tempat letak kereta di kawasan berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada masalah rumah tangga sepasang suami isteri yang sedang dalam proses penceraian.

Tags / Kata Kunci: bakar kereta , bom petrol , tahan reman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan