Penjawat Awam Dikhuatiri Lemas

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Seorang penjawat awam dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama seorang rakannya untuk menjala ikan pecah di perairan Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini, lewat malam Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Rembau, Negeri Sembilan itu masih dijalankan ketika berita ini ditulis manakala rakan beliau sempat menyelamatkan diri dan kini diberikan rawatan di Hospital Alor Gajah di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.18 malam dan tiba di tempat kejadian pada pukul 11.37 malam.

"Seramai 25 anggota bomba daripada balai bomba Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jalan Kubu terlibat dalam operasi tersebut bersama anggota daripada agensi lain seperti polis dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam)," katanya.

Tinjauan di kawasan kejadian mendapati anggota bomba dan agensi terlibat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta turut kelihatan sebuah bot berwarna biru muda dipercayai digunakan mangsa didapati pecah di bahagian hadapan.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Melaka

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan