Pemandu Lori Bauksit Terlibat Kemalangan Ragut Nyawa Guru Direman

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 5:00 PM

Gambar twitter @VersedAnggerik

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemandu lori bauksit ditahan reman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut melibatkan seorang guru dalam kejadian di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang petang Isnin.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 35 tahun berasal dari Jengka itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah atas permohonan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Ameerul Asraf Ghazali. 

Suspek difahamkan menyerah diri pada pukul 10 malam tadi dengan ditemani isterinya di Balai Polis Trafik Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Akta 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian pukul 3 petang Isnin seorang guru Sekolah Kebangsaan Balok Nohaili Ahmad Zabidi, 40 maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan