Lima Sekeluarga Maut, Enam Cedera Nahas Di Tatau

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Lima sekeluarga maut serta enam cedera termasuk seorang bayi perempuan berumur lima bulan dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan kereta sedan di KM77 Jalan Tatau-Sibu pada kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Balai Bomba Tatau Azrel Izaidi Ahmad berkata, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Tatau manakala kenderaan sedan jenis Nissan Sentra dalam perjalanan dari Tatau ke Sibu.

"Kenderaan sedan tersebut hilang kawalan dan terus melanggar Hilux menyebabkan lima orang termasuk pemandu kenderaan sedan maut dan seorang bayi cedera," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa malam.

Beliau berkata, lima mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Robin Igat, 49, Jawan Jungan, 39, Melati Robin,24, Mandah Medan,20-an, dan Marriane Riyung Jawan, 5.

"Seorang lagi penumpang iaitu bayi perempuan berusia lima bulan bernama Lorraine Jawan cedera dan telah dikejar ke Klinik Selangau untuk mendapatkan rawatan segera," katanya.

Beliau berkata, pemandu hilux Jimbun Barendak, 47, tidak cedera manakala isterinya Moni Nanang, 44, Biah Chaong, 70, Loxsley Jimbun, 15, Eric Sap Jimbun, 11 dan Joseley Ericca Jimbun, 3, mendapat kecederaan kaki, mulut serta tangan dan kini mendapat rawatan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Jalan Tatau , Azrel Izaidi Ahmad , Robin Igat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan