Ali Tinju Ditahan Reman Dua Hari

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 2:01 PM

Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas askar Mohd Ali Baharom, atau Ali Tinju telah ditahan reman selama dua hari berikutan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang dibuat di luar kompleks beli-belah Kota Raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Mohd Ali akan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Dia telah ditangkap pada pukul 7 malam Isnin di hadapan balai polis Dang Wangi.

Pada Jumaat, Ali Tinju mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan baju merah di kompleks beli-belah Kota Raya, didakwa 'untuk memberi pengajaran kepada peniaga telefon bimbit di sana'.

Bantahan itu adalah sebagai tindakan balas dendam kepada insiden yang didakwa di mana pelanggan telah dikurung di dalam sebuah bilik selama empat jam selepas enggan membayar harga telefon bimbit yang terlalu mahal.

Pada Ahad, kira-kira 20 orang menyerbu kedai terbabit dan kekecohan yang berlaku menyebabkan dua orang cedera.

Kekecohan ini bermula dengan satu posting di Facebook tentang seorang peniaga telefon bimbit yang didakwa menipu pelanggan.

Pengguna itu kemudian meminta orang lain untuk bersatu dan menuntut bayaran balik dari penjual telefon bimbit di Kompleks Kota Raya itu. Sebahagian besar kompleks ini ditutup pada Isnin.
Tags / Kata Kunci: Ali Tinju , Akta Hasutan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan