Lima Suspek Kes Bunuh Kanak-Kanak Perempuan Di Semenyih Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan termasuk kes tembak mati seorang bapa dan anak perempuannya di Pekan Semenyih November lepas. 

Semua suspek berusia 28 dan 29 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak dua tahun lepas. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, semua suspek terbabit ditahan di sekitar Kajang, Bandar Sunway serta Bangi dekat sini bermula Jumaat hingga Ahad.

"Polis merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry dan Perodua Myvi serta empat pucuk pistol jenis Smith & Wesson .38, Colt MK IV Series 80, Walther P99 As dan CZ2075," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

"Turut dirampas 69 butir peluru hidup pelbagai jenis, tiga jenis kelongsong peluru, tiga tukul besi dan beberapa barang lain," katanya. 

Pada 19 November lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan bapanya maut ditembak individu tidak dikenali di Jalan Besar, Pekan Semenyih. 

Mohmad tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan dendam. 

"Suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam beberapa siri pembunuhan melibatkan senjata api di Kajang, selain dua daripadanya berdasarkan siasatan awal mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan samun berkawan," katanya. 

Katanya, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 34 individu berusia 29 hingga 34 tahun yang terbabit dalam kegiatan kongsi gelap turut ditahan dalam operasi Cantas Khas Kajang bermula 2 Disember lepas. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan