Guru Maut Terkena Tayar Lori Bauksit Tercabut

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 8:08 PM

Gambar twitter @VersedAnggerik

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang Isnin.

Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal berkata, mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.

"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Ahmad Nazri berkata, polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan