Jenazah Lima Beranak Lemas Selamat Dikebumikan - Berita Jenayah | mStar

Jenazah Lima Beranak Lemas Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 12:34 PM

Gamabr kenangan mangsa lemas yang selamat dikebumikan pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di sini kira-kira 1.30 pagi Ahad.

Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya.

Anak lelaki tunggal pasangan itu, Mohd Hasif, 9, bagaimanapun terselamat.

Jenazah kelima-lima beranak itu sebelum itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan pada pukul 9 malam.

Kerja pengebumian ditangguhkan selepas tengah malam kerana menunggu bapa arwah, Samian Samor, 84, yang tiba pada 12 malam dari Kuala lumpur bersama-sama beberapa saudara mara yang lain manakala ibu arwah Siti Edah Ali, 75, yang tinggal di Johor tiba pada 10 malam. Samian dan Siti Edah telah berpisah.

Sepanjang kerja pengebumian itu, Mohd Hasif, yang trauma dengan nasib yang menimpa keluarganya, sentiasa dipapah dan didakap ibu saudaranya Dr Zabariah Samian, 38.

"Saya menawar diri untuk menjaga Mohd Hasif kerana Mohd Hasif sangat rapat dengan dua anak lelaki saya Abdullah Azam Annur Azalan, 11 dan Abdulah Allef Uddris Azalan, 12.

"Bagaimanapun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan semua keluarga dan kalau dipersetujui saya sanggup menjaganya," kata Dr Zabariah kepada pemberita.

Abdul Halim yang merupakan seorang jurutera mempunyai syarikat sendiri dan juga imam Surau Al-Furqan Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Selangor serta Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Puncak Alam dan pengerusi guru Kafa.

Sementara itu, Samian ketika ditemui pemberita berkata kali terakhir dia berjumpa dengan arwah anaknya itu pada Hari Raya Aidilfitri lepas.

"Saya reda dengan apa yang berlaku kerana ia sudah ditentukan Yang Maha Esa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kuala Nerus , Lemas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan