Ketua 'Geng Mat Daud' Berusia 16 Tahun Diberkas

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pecah rumah 'Geng Mat Daud' di pulau peranginan ini dengan tertangkapnya ketua kumpulan itu yang berumur 16 tahun dan 10 anggotanya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 34 kes jenayah curi dan pecah rumah, kedai dan masjid di Langkawi.

Katanya remaja lelaki itu yang mempunyai 13 rekod jenayah berjaya ditahan pada 9 Dis lepas dan susulan itu 10 lagi anggota kumpulan itu berumur antara 16 dan 37 tahun ditahan di beberapa kawasan berasingan di sini.

"Berdasarkan soal siasat yang dijalankan, Geng Mat Daud ini telah terlibat di dalam lima kes kecurian motosikal dan 29 kes pecah masuk rumah, kedai dan masjid yang dilaporkan tahun ini," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya sebanyak empat buah motosikal, kerangka dan komponen motosikal dan kereta serta beberapa barangan lain yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM20,000 dipercayai hasil kegiatan jenayah kumpulan itu telah berjaya ditemukan.

"Ujian saringan awal dadah yang dijalankan mendapati tujuh orang daripada mereka positif dadah dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Langkawi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan