10 Rumah Papan Musnah Dalam Kebakaran Di Karak

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebanyak 10 rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina, di Karak, pada Jumaat malam.

Penguasa Bomba II Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Ashrul Riezal Asbar berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian dapur salah sebuah rumah di bahagian tengah sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

"Kebakaran melibatkan 41 mangsa termasuk seorang kurang upaya. Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan. Kerugian awal dianggarkan berjumlah RM650,000," katanya semasa dihubungi di sini, Sabtu.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.07 malam dan tiga pegawai, 20 anggota bersama 19 anggota bomba bantuan dari balai Karak, Bentong, Manchis, Perting, Temerloh dan Maran dikejarkan ke tempat kejadian. 

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Karak dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Api berjaya dipadamkan pada pukul 2.25 pagi. Antara masalah yang dihadapi ialah kawasan perumahan yang terlalu sempit dan kedudukan rumah terlalu rapat menyebabkan api marak dengan cepat," katanya. 

Ashrul Riezal berkata jabatan bomba telah menubuhkan Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) di lokasi bertujuan mengumpul maklumat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa. 

Mangsa kini ditempatkan di rumah saudara atau jiran berhampiran.-- Bernama  



iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan