Sah Kepala Milik Bernard - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis Malaysia telah menerima pengesahan ujian DNA kepala yang ditemui di Jolo, Filipina adalah milik tawanan rakyat negara ini, Bernard Then Ted Fen yang dipenggal kumpulan penculik, bulan lalu.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina.

"Rakan sekerja di Filipina telah menghubungi dan memaklumkan menerusi percakapan, bukannya bertulis bahawa ujian DNA mengesahkan kepala yang ditemui di Jolo milik Bernard.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Bernard. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya supaya pihak bertanggungjawab berdepan tindakan undang-undang negara ini," tambahnya.

Then dilaporkan dipenggal kepalanya oleh kumpulan Abu Sayyaf yang menculiknya pada kira-kira pukul 4 petang pada 11 November lalu. Ia dikatakan berlaku kerana mempunyai kaitan dengan wang tebusan untuk membebaskannya.

Khalid berkata, pihak polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengekstradisi pihak bertanggungjawab di sebalik pembunuhan Then untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kami telah mengemukakan permohonan. Kami bekerjasama rapat dengan pihak Peguam Negara untuk membawa sekurang-kurangnya dua daripada mereka di sini.

"Sudah tentu saya mahu bawa mereka ke sini segera, tetapi kita perlu melalui pelbagai proses perundangan," katanya.

Pada Isnin, pihak tentera Filipina menemui mayat tanpa kepala di Parang, Pulau Jolo pada 11 malam dan ia dibawa ke Zamboanga City untuk pengesahan menerusi ujian DNA.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan