Judi Siber: Lima Termasuk Dua Remaja Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Judi Siber: Lima Termasuk Dua Remaja Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 12:52 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Usaha gigih polis Sarawak membanteras kegiatan judi siber mencatatkan kejayaan lagi malam tadi dengan serbuan ke atas dua premis judi di Taman Duranda Emas, Jalan Kuching-Serian di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata dalam serbuan pertama di sebuah premis di tingkat satu lot kedai taman berkenaan pada kira-kira pukul 9.15 malam, polis merampas 16 komputer yang disyaki digunakan bagi tujuan judi dalam talian.

Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 21 dan 27 tahun yang berada di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

Kira-kira setengah jam kemudian, polis menyerbu sebuah lagi lot kedai berhampiran dan merampas 11 komputer serta menahan dua remaja bagi membantu siasatan.

"Dua remaja yang masih bersekolah di Tingkatan Satu dan Lima itu dipercayai bekerja di premis berkenaan. Jumlah rampasan semua peralatan dan komputer di dua premis itu dianggar RM40,500," katanya dalam satu kenyataan di sini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: judi siber , PDRM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan