Kanak-Kanak Warga Malaysia Mati Jatuh Dari Tingkat Enam Di Hatyai

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

HATYAI: Seorang kanak-kanak lelaki warga Malaysia meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah hotel di sini awal pagi Sabtu.

Fam Song Heng, 10, yang berasal dari Melaka dikatakan jatuh dari tingkat enam Hotel Asia Grand di Jalan Chayakul, di sini pada pukul 2.20 pagi.

Dia terjatuh di bahagian belakang hotel yang menempatkan kawasan parkir kereta, kata pegawai polis bertugas Kapten Kittitas Numuang. 

Beliau berkata, polis menyifatkan kejadian itu sebagai satu kemalangan dan ia berkemungkinan berpunca daripada Fam yang berjalan dalam tidur hingga membawa kepada insiden berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur bersama nenek dan seorang adik lelakinya di sebuah bilik di tingkat enam manakala ibu bapanya tidur di tingkat tiga.

Mangsa menginap di hotel tersebut bersama enam ahli keluarganya yang bercuti di bandar ini dan dijangka pulang ke Malaysia pagi Sabtu, kata seorang ahli keluarga Fam yang enggan dikenali.

Menurutnya dia hanya tahu mengenai kejadian yang menimpa mangsa setelah dikejutkan dan diberitahu pekerja hotel.

Kittitas berkata, pemeriksaan awal oleh doktor mendapati mangsa mengalami patah tulang belakang dan cedera di kepala setelah terhempas dengan kuat. 

Siasatan awal tidak menemui kesan deraan di badan mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Hatyai untuk bedah siasat. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan