10 Warga Asing Ditahan Tipu Jutawan Arab Saudi RM1.8 Juta

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina selepas dipercayai memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea Selatan sehingga menyebabkan seorang jutawan Arab Saudi mengalami kerugian RM1.8 juta apabila memasukkan wang itu ke dalam akaun mereka.

Kesemua suspek ditahan di Sentul dan Cyberjaya semalam.

Dalam kejadian 9 Disember lepas, ahli perniagaan yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan namun ditipu sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata mangsa diminta membuat beberapa transaksi untuk membeli kren berkenaan melalui tiga akaun bank yang dimiliki oleh dua syarikat yang didaftarkan di negara ini.

"Suspek disyaki menyamar sebagai jurujual kren itu dengan cara memintas e-mel yang dihantar kepada syarikat berkenaan sebelum meminta ahli perniagaan itu melakukan pembayaran sebanyak RM1.8 juta melalui beberapa transaksi bagi jentera yang dipesan.

"Mangsa telah berurus niaga dengan syarikat menjual kren berkenaan sejak lima tahun lalu bagaimanapun tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas syarikat yang menjual kren di Korea menghubunginya untuk meminta bayaran.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria berusia 29 tahun yang merupakan pemilik akaun bank yang menjadi 'orang tengah' kepada sindiket itu.

"Suspek wanita itu ditahan di hadapan sebuah bank di Sentul selepas menyerahkan wang berjumlah RM1,000 kepada seorang wanita tempatan yang dipercayai membantu suspek untuk membuka tiga akaun bank bagi tujuan pemindahan transaksi wang tunai kelmarin," katanya.

Mohamad Roy berkata susulan penahanan itu, pihaknya menyerbu dua lokasi berasingan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan berkenaan di Kondominium Sri Putramas di sini dan Cyberjaya.

Katanya, hasil serbuan di Sri Putramas, polis menahan seorang wanita warga Filipina manakala enam lelaki dan dua wanita warga Nigeri ditahan di Cyberjaya.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,000, 12 buah komputer riba, 19 buah telefon bimbit pelbagai jenis, enam keping kad kredit, sebuah buku bank termasuk modem internet.

"Kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini manakala kes disiasat mengikut  Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan