"Saya Berdoa Anak Selamat Kembali"

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada seorang kanak-kanak yang didakwa diambil oleh ibunya, pelakon televisyen Australia Eliza Szonert, berdoa supaya anak lelakinya itu pulang dengan selamat.

Sumber yang rapat dengan keluarga itu berkata satu-satunya sebab mengapa Ashley Crick tidak tampil menjelaskan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Szonert adalah bagi menyelamatkan keadaan.

"Ini bukan soal Eliza dan masalahnya. Ini adalah mengenai keselamatan anak mereka. Dia hanya mahu anaknya berada dalam keadaan selamat.

"Fokus utama Ash adalah kesejahteraan anaknya. Beliau percaya bahawa anaknya berada dalam bahaya yang serius," kata sumber itu.

Ketika dihubungi, Crick enggan mengulas mengenai kes itu.

Pada 10 Disember lalu, Szonert didakwa merampas budak lelaki itu daripada Crick yang pada ketika itu turut membawa dua lelaki berbadan tegap di sebuah kafe di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 10.10 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis KL, Timbalan Comm Datuk Law Hong Soon berkata, polis telah melancarkan gerakan memburu Szonert selepas pelakon itu gagal untuk tampil ke hadapan.

"Kami telah merakamkan kenyataan bekas pasangannya, jadi sekarang kita perlu mengetahui cerita daripada sisinya pula bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku.

"Kami memanggilnya beberapa kali tetapi dia telah gagal untuk bekerjasama, jadi sekarang kita akan terus memburunya. Kami percaya beliau akan dapat dikesan tidak lama lagi," katanya.

DCP Law berkata hasil risikan mendedahkan bahawa Szonert masih berada di Malaysia.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan