SPRM Ambil Tindakan Dakwaan Rasuah Pembalakan Di Kelantan - Berita Jenayah | mStar

SPRM Ambil Tindakan Dakwaan Rasuah Pembalakan Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 11:41 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil tindakan terhadap satu laporan media berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pembalakan di Kelantan bernilai lebih RM5 juta.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dikendalikan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan dijalankan.

"Dalam kes yang dilaporkan media terbabit, SPRM mengucapkan terima kasih atas maklumat yang dikongsi, namun SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.

"Sekiranya mana-mana pihak yang pernah membuat laporan kepada SPRM ingin mengetahui status siasatan boleh menghubungi SPRM sendiri untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut," katanya.

SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan jika setiap anggota masyarakat bekerjasama dengan pihaknya, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pembalakan , Kelantan , SPRM , rasuah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan