1MDB: Polis Selesai Ambil Keterangan Justo

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu mengesahkan polis telah selesai merakam keterangan warga Switzerland, Xavier Andre Justo berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di penjara di Bangkok pada Selasa.

Menurutnya, Justo ketika ditemu bual telah memberi kerjasama yang amat baik kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM).

"Pegawai saya akan pulang hari ini.. nanti mereka akan membentangkan hasil temu bual mereka dengan Justo," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis PDRM 'Green Day Programme' di sini.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan perkara-perkara yang dibangkitkan ketika temu bual dengan bekas pekerja PetroSaudi International tersebut.

Tambah beliau, kes berkaitan Justo dijangka selesai selepas polis menerima dokumen-dokumen berkaitan kes terbabit daripada pihak berkuasa Thailand.

Pada Selasa, pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman(Siasatan/Perundangan) Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.

Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.

PDRM cuba mendapatkan keterangan daripadanya sejak beberapa bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: Justo , Bangkok , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan